OSI MODEL (Open Systems Interconnection Model)
Sejarah OSI Pada peringkat awal perkembangan komputer iaitu pada tahun 1950-an, komputer berfungsi secara sendirian (standalone) tanpa dapat berhubung antara satu dengan yang lain. Hanya pada akhir tahun 1960-an, Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (Department of Defence atau DoD) telah menjalankan kajian mengenai rangkaian komputer. Rangkaian ini menggunakan kaedah telefon yang membolehkan komputer-komputer berhubung antara satu dengan yang lain walaupun berada di suatu tempat yang berlainan atau negara yang jauh. DoD melihat kemampuan rangkaian komputer ini dapat digunakan sebagai satu alat untuk pertahanan Amerika Syarikat pada masa itu, di mana maklumat dapat dihantar dengan cepat ke tempat-tempat yang memerlukan. Untuk itu, Advanced Research Project Agency (ARPA), telah ditubuhkan dan kemudianya bertukar nama menjadi Defence Advanced Research Project Agency (DARPA) yang telah menghasilkan ARPAnet yang menyokong perkemban...