OSI MODEL (Open Systems Interconnection Model)
Sejarah OSI
Pada peringkat awal perkembangan
komputer iaitu pada tahun 1950-an, komputer berfungsi secara sendirian (standalone)
tanpa dapat berhubung antara satu dengan yang lain. Hanya pada akhir tahun
1960-an, Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (Department of Defence atau
DoD) telah menjalankan kajian mengenai rangkaian komputer. Rangkaian ini
menggunakan kaedah telefon yang membolehkan komputer-komputer berhubung antara
satu dengan yang lain walaupun berada di suatu tempat yang berlainan atau
negara yang jauh.
DoD melihat kemampuan rangkaian
komputer ini dapat digunakan sebagai satu alat untuk pertahanan Amerika
Syarikat pada masa itu, di mana maklumat dapat dihantar dengan cepat ke
tempat-tempat yang memerlukan. Untuk itu, Advanced Research Project Agency (ARPA),
telah ditubuhkan dan kemudianya bertukar nama menjadi Defence Advanced
Research Project Agency (DARPA) yang telah menghasilkan ARPAnet yang
menyokong perkembangan protokol TCP/IP. ARPAnet seterusnya telah berkembang
menjadi Internet yang dimulakan dengan menghubungkan badan-badan pemerintah dan
universiti-universiti dan kemudiannya berkembang ke dalam dunia perniagaan.
Suatu maklumat yang dihasilkan oleh
seseorang dari sesebuah komputer dapat disampaikan ke komputer lain melalui
rangkaian komputer. Maklumat tersebut akan melalui proses yang panjang dan
melalui berbagai lapisan dan rangkaian komputer. Pertama, maklumat yang
dihantar akan diproses menjadi data-data yang kemudiannya dproses menjadi
segmen-segmen. Seterusnya ia diproses menjadi paket-paket, kemudian
kepada frame dan terakhir sekali menjadi bit. Bit-bit maklumat ini
akan dapat dihantar melalui kabel rangkaian ke komputer lain dan diproses
semula bagi mendapatkan maklumat yang asal.Rangkaian kawasan
setempat atau Local Area Network (LAN) mula mendapat perhatian
masyarakat dunia di sekitar tahun 1980-an. Ia berkemampuan untuk menghubungkan
satu komputer dengan yang lain melalui penggunaan cakera keras (Disk Sharing)
dan mesin pencetak (Printer Sharing). Ia kemudiannya dihubungkan dengan
rangkaian kawasan setempat yang lain yang berjauhan di antara satu sama lain
dan dikenali sebagai Rangkaian Kawasan Luas atau Wide Area Network (WAN).
Untuk memudahkan proses pengolahan
data dan supaya mempunyai persamaan di antara pengusaha atau pengilang produk
rangkaian, Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa (ISO) telah
mengeluarkan satu model lapisan rangkaian yang dikenali sebagai Open
Systems Interconnection (OSI). Di dalam model OSI yang telah dikeluarkan ini,
proses data dibahagikan kepada tujuh (7) lapisan di mana setiap lapisan telah
diberi fungsi yang tersendiri.
Model OSI ini membincangkan secara
jelas cara kerja lapisan OSI serta memberikan konsep untuk menentukan proses
apa yang perlu berlaku dan protokol-protokol yang boleh digunakan kepada
lapisan tersebut. Model OSI ini menjadi terkenal kerana mempunyai banyak
kebaikan.
7 OSI LAYER
Application Layer
Ia adalah lapisan yang bekerja untuk
memberikan pengguna akses kepada maklumat di dalam rangkaian melalui sesuatu
program atau aplikasi. Ia juga merupakan antaramuka (interface) yang
utama bagi pengguna-pengguna untuk berhubung atau mengadakan komunikasi dari
program ke program melalui rangkaian. Beberapa contoh yang melibatkan lapisan
aplikasi adalah seperti Telnet, File Transfer Protocol (FTP), Simple Mail
Transfer Protocol (SMTP) and Hypertext Transfer Protocol (HTTP).
Presentation Layer
Lapisan ini bertanggungjawab untuk
mengubah data bagi mewujudkan antaramuka (interface) yang standard
untuk lapisan applikasi. MIME encoding, pemampatan data, enkripsi data dan
manipulasi yang serupa ke atas persembahan adalah dilakukan pada lapisan ini
untuk memberikan maklumat atau data tersebut sebagai suatu perkhimatan atau
protokol yang boleh memenuhi kehendak pencipta. Contohnya seperti: mengubah
fail teks kod-EBCDIC kepada fail kod ASCII, atau serializing objects dan
struktur data kepada yang lain seperti XML.
Session Layer
Lapisan ini mengawal dialog (sesi)
diantara komputer-komputer yang berhubung atau membuat komunikasi. Ia membuka,
mengatur dan menutup sesi antara aplikasi-aplikasi yang berhubung antara satu
sama lain. Ia menjalankan operasi samaada secara duplex atau half-duplex dan
mewujudkan sekatan (checkpointing), pembatalan (adjourment),
penamatan (termination) dan memulakan kembali prosedur-prosedur. Ia
adalah bertangggungjawab untuk menutup dengan rapi lapisan sesi ini dimana ia
adalah ciri-ciri bagi TCP dan juga bagi sesi sekatan dan pemulihan, dan
biasanya tidak digunapakai oleh suit protokol internet (internet protocol).
Transport Layer
Lapisan ini mewujudkan pemindahan
data yang transparen di antara pengguna-pengguna, dengan ini membebaskan
lapisan yang berada yang berada diatasnya daripada apa-apa kebimbangan
disamping dapat memberikan data yang betul dan tepat. Ia mengawal keutuhan data
di atas penghubung yang diberikan melalui kawalan aliran (flow control),
segmentasi/desegmentasi dan kawalan kesilapan (error control). Sesetengah
protokol adalah tetap dan berorientasikan penyambungan, dan ini bermakna
lapisan pengangkut ini boleh mengawal/mengetahui paket-paket yang telah
dihantar dan menghantar semula (transmisi semula) paket-paket yang gagal
dihantar. Contoh yang terbaik lapisan ini ialah Transmision Control
Protocol (TCP), lapisan ini akan menukar sesuatu mesej yang dihantar kepada segmen
TCP atau User Datagram Protocol (UDP), Stream Control Transmission
Protocol (SCTP) paket dan sebagainya.
Network Layer
Lapisan rangkaian memberikan
fungsi-fungsi dan prosedur untuk menghantar pelbagai jenis aturan data daripada
punca kepada destinasi melalui satu atau lebih rangkaian sambil mengekalkan
kualiti perkhidmatan lapisan penghantar. The Network layer performs network
routing functions, and might also perform segmentation/desegmentation, and
report delivery errors. Routers operate at this layer—sending data throughout
the extended network and making the Internet possible (also existing at layer 3
(or IP) are switches). This is a logical addressing scheme – values are chosen
by the network engineer. The addressing scheme is hierarchical. The best known
example of a layer 3 protocol is the Internet Protocol (IP).
Data Link Layer
Lapisan ini memberikan kewibawaan
fungsian dan tatacara yang berkemampuan untuk menghantar data diantara
entiti-entiti yang berada di rangkaian,dan ia juga adalah untuk mengesan dan
memungkinkan membetulkan kesilapan yang mungkin berlaku di dalam lapisan
fisikal. Contoh paling baik ialah ethernet dan contoh yang lain pula
ialah seperti HDLC dan ADCCP untuk point to point atau packet
switched networks dan Aloha untuk rangkaian kawasan setempat
(LAN). IEEE 802 Rangkaian Kawasan Setempat(Local Area Network) dan sebahagian
dari rangkaian bukan-IEEE 802 seperti FDDI, lapisan ini mungkin akan
dibahagikan kepada lapisan Media Acces Control (MAC)dan lapisan IEEE
802.2 Logical Link Control (LCC). Ia menyusun bit-bit dari lapisan fisikal
kepada data yang bahagian-bahagian logikal yang besar yang dikenali
sebagai Frames.
Di lapisan inilah dimana bridges dan switches beroperasi.Sambungan
rangkaian diberikan hanya diantara komputer-komputer atau hos-hos yang
bersambung kepada nod-nod lokal membentuk lapiasan ke-2 iaitu domain untuk unicast dan broadcast
forwarding. Lain-lain protokol juga mungkin terdedah diatas kerangka (frame)
data untuk membentuk laluan yang dipanggil tunnels dan lapisan ke-2
iaitu forwarding domains yang secara logikal terpisah.
Physical Layer
Lapisan fizikal ini hanya menjurus
kepada semua spesifikasi elektrikal dan fizikal untuk sesuatu perkakasan. Ini
termasuklah susunatur pin, voltan dan spesifikasi kabel. Hub, Repeater, Network
Adapter dan Hos Bus Adapter (HBA yang digunakan pada Storage Area Networks)
adalah pekakasan bagi Lapisan Fisikal. Fungsi utama dan perkhimatan oleh lapisn
fisikal adalah:
Memulakan
dan menamatkan sambungan kepada medium komunikasi.
Terlibat didalam proses di mana
sumber komunikasi adalah dikongsi secara efektif kepada pengguna-pengguna.
Contohnya seperti kawalan aliran dan ketetapan-ketetapan.
Modulasi atau pertukaran diantara
persembahan data digital didalam peralatan pengguna dan isyarat yang sepadan
dihantar melalui saluran komunikasi. Isyarat-isyarat ini beroperasi melalui
pendawaian fisikal (seperti pendawaian kuprum/tembaga dan gentian optik) atau
melalui perhubungan radio.
SCSI bus yang selari juga beroperasi
di lapisan ini. Pelbagai jenis lapisan fisikal standard ethernet juga
beroperasi di lapisan ini iaitu penggabungan kedua-dua lapisan dan lapisan
sambungan data (data-link layer). Ia juga digunapakai kepada rangkaian kawasan
setempat yang lain seperti Token Ring, FDDI dan IEEE 802.11.
TUJUAN MODEL OSI
Tujuan utama penggunaan
model OSI adalah untuk membantu desainer jaringan memahami fungsi
dari tiap-tiap layer yang berhubungan dengan aliran komunikasi data. Termasuk
jenis-jenis protokol jaringan dan metode transmisi.
CARA KERJA MODEL OSI
Pembentukan
paket dimulai dari layer teratas model OSI.
Aplication layer megirimkan data ke
presentation layer, di presentation layer data ditambahkan header dan atau
tailer kemudian dikirim ke layer dibawahnya, pada layer dibawahnya pun
demikian, data ditambahkan header dan atau tailer kemudian dikirimkan ke layer
dibawahnya lagi, terus demikian sampai ke physical layer. Di physical layer
data dikirimkan melalui media transmisi ke host tujuan.
Di
host tujuan paket data mengalir dengan arah sebaliknya, dari layer paling bawah
kelayer paling atas.
Protokol pada physical layer di host
tujuan mengambil paket data dari media transmisi kemudian mengirimkannya ke
data link layer, data link layer memeriksa data-link layer header yang
ditambahkan host pengirim pada paket, jika host bukan yang dituju oleh paket
tersebut maka paket itu akan di buang, tetapi jika host adalah yang dituju oleh
paket tersebut maka paket akan dikirimkan ke network layer, proses ini terus
berlanjut sampai ke application layer di host tujuan.
Proses
pengiriman paket dari layer ke layer ini disebut dengan “peer-layer
communication”.
REFERENSI


Komentar
Posting Komentar